Berkhidmat dan Membantu

Berkhidmat dan Membantu

SiNoPsiS RinGkaS RaGaaN 7 KOD



7 KOD memilih Jengking sebagai ragaan utama disebabkan sikapnya yang tenang tetapi berbisa bersesuaian dengan markas formasi yang dinaungi iaitu 7 Briged yang juga menggunakan Jengking sebagai lambang formasi. Warna cerah pada Jengking ini melambangkan kesucian dan ketulusan yang membawa maksud pasukan 7 KOD patuh dan akur dengan perintah formasi . Kos membuat ragaan utama ini menggunakan sumber-sumber Ordnans sedia ada dan kepakaran membuat oleh anggota pasukan.



Category: 0 comments

JeNgKiNg TeNanG DaN PaNtaS


Ia adalah sejenis serangga yang tenang tetapi mempunyai sengat yang berbisa. Ia akan bergerak pantas jika diganggu oleh musuh serta melawan habis-habisan bila diancam. 7 KOD diibaratkan seperti Jengking yang bersifat tenang tetapi mampu menangani segala masalah yang datang serta ada keistimewaan tersendiri.


Category: 0 comments

ViSi, MiSi dan SaSaRaN


VISI

Visi 7 KOD adalah untuk menjadi sebuah depot Ordnans kepada pasukan-pasukan di bawah perintah dan di bawah pentadbiran dengan cemerlang pada sebilang masa.

MISI


Seiring dengan visi tersebut, misi depot ini adalah untuk memberikan bantuan Ordnans kepada semua pasukan di bawah Naungan 7 Briged dengan penuh cekap, efektif dn efisien.

SASARAN

Sasaran pasukan ini adalah untuk mencapai ke tahap sekurang-kurangnya 80 peratus dari aspek memberi bantuan Ordnans kepada semua pelanggan.


Category: 0 comments

WaWaSaN 7 KoMpeNi KoR OrDnaNs DiRaJa


Dalam mencapai misi pasukan, wawasan 7 KOD telah ditetapkan seperti berikut:

1) Menjadi sebuah pasukan yang mampu menyelenggara semua keperluan pasukan tanggungan pada sebilang masa dan keadaan.

2) Mempunyai anggota yang berilmu, berwibawa dan berkemampuan memimpin anggota bawahan dengan penuh tanggungjawab.

3) Mewujudkan sebuah pasukan yang mempunyai anggota yang penuh berdisiplin, proaktif dan berkredibiliti.

4) Mewujudkan keharmonian dan keceriaan bagi warganya.

5) Menghasilkan sebuah pasukan yang mantap dan cemerlang dalam semua aspek di peringkat Briged.

Category: 0 comments

OrGaNiSaSi 7 KomPeNi KoR OrDnaNs DiRaJa



Pegawai Pemerintah

Mejar Norhaila binti Shahimi (3008217)

Penolong Pegawai Pemerintah
Kapten Mohd Nizam bin Ab Razak (3009056)

Pegawai Tadbir
Kapten Nurul Syazrah binti Alias (3010829)

Pegawai Stor A
Kapten Mohd Taufiq bin Zahari (3009897)

Pegawai Stor B
Kapten Anis Syahida binti Mohd Kamil (3009812)

Pegawai Cawangan Trafik
Kapten Che Mohd Hafiz bin Che Hashim (3010491)

KSM
1087666 Pegawai Waren 2 Rahim bin Husin

Category: 0 comments

PeMeRinTaHaN MeDaN TenTeRa DaRaT

Category: 0 comments

PeGaWai PeMeRinTaH



1) Mej Ng Kim Boon (200167) - 01 Mei 69- 30 Jan 71

2)Mej Ahmad Syuto bin Sulaiman (12306) - 10 Feb 71- 05 Nov 72
3) Mej Shadik bin Mohamed (12306) - 06 Nov 72- 31 Ogos 74
4) Mej Taib bin Muhamed (12416) - 01 Sep 74- 30 Jun 78
5) Mej Taib bin Mohamed (410141) - 01 Jul 78- 31 Mac 80

6) Mej Badoo bin Ismail (420037) - 01 April 80- 31 Mei 82
7) Mej Yusof bin Abdullah (410337) - 01 Jun 82- 30 April 83
8) Mej Abd Ghani bin Hj Taib (12445) - 01 Mei 83- 31 Dis 83
9) Lt Kol Abd Ghani bin Hj Thaib (12445) - 01 Jan 84- 31 Dis 85
10) Lt Kol Taib bin Muhamed (12416) - 01 Jan 86- 14 Dis 87

11) Mej Hj Anuar bin Ariffin (410491) - 15 Dis 87- 15 Dis 88
12) Lt Lol Taib bin Muhamed (12416) - 16 Dis 88- 31 Dis 89
13) Mej Yahya bin Hussin (411194) - 01 Jan 90- 31 Dis 91
14) Mej Haider bin Darus (3002053) - 01 Jan 92- 22 Dis 94
15) Mej Mohd Rozali bin Abd Hamid (3001192) - 23 Dis 94- 23 Jun 1996

16) Mej Abdullah bin Sudiran (3002854) - 24 Jun 96- 02 Jan 98
17) Mej Mohd Tamam bin Jamioon (3003119) - 03 Jan 98- 04 Jan 01
18) Mej Abdul Aziz bin Hj Wan Mohd (3002721) - 05 Jan 01- 06 Jan 2003
19) Mej Shaari bin Idris (3003140) - 07 Jan 03- 20 Feb 05
20) Mej Shamsuddin bin A. Karim (3001998) - 21 Feb 05- 01 Ogos 2007

21) Mej Mohd Raffee bin Hj Razali (3003241) - 02 Ogos 2007- 01 Jan 2010
22) Mej Nor Haila binti Shahimi (3008217) - 04 Jan 2010- Now


Category: 0 comments

PeRaNan dAn TuGaS KoR OrDnaNs DiRaJa



1. Memenuhi keperluan Logistik bagi Tentera Darat.

2. Menguruskan keperluan bekalan, penerimaan, penyimpanan, senggaraan dan pengeluaran stor Ordnans, kenderaan dan peluru.

3. Mendapatkan, menyimpan, menjaga semasa dalam simpanan dan mengeluarkan (issue) semua stor Ordnans, peluru dan kenderaan yang digunakan oleh Tentera Darat.

4. Mengadakan, menyimpan, menjaga semasa dalam simpanan dan mengeluarkan peluru-peluru dan bahan letupan yang digunakan oleh Angkatan Tentera termasuk Tentera Sukarela.

5. Membuat anggaran perbelanjaan untuk menguntukkan barang-barang Ordnans kepada semua pasukan Kor Ordnans dan mengawal perbelanjaan yang telah ditentukan bagi setiap jenis barang.

6. Membuat pemeriksaan ke atas pasukan-pasukan Tentera Darat mengenai hal-hal Ordnans seperti Stor KM, Simpanan Peluru dan lain-lain. Pemeriksaan ini adalah sebahagian Pemeriksaan Tadbir Tahunan (Annual Inspection).

7. Menasihatkan KEMENTAH mengenai perkara-perkara Ordnans.

8. Menasihatkan pemerintah-pemerintah pasukan dan pemerintah kumpulan Ordnans (Formation) mengenai perkara Ordnans.

9. Mengaturkan pemulangan barang-barang yang lebih dan tidak boleh digunakan (termasuk kenderaan dan peluru) di depot-depot Ordnans.

10. Mengaturkan pembaikan barang yang boleh dibaiki dan membuat penyelesaian bagi barang-barang yang tidak lagi dikehendaki dengan cara yang baik dari segi ekonomi.

11. Memberi bantuan kepada Cawangan Pemeriksaan dan Pemasaran Bahagian Bekalan (Inspectorate and Market Research) untuk penyelidikan pasaran dan pemeriksaan barang-barang.

12. Mengaturkan keperluan percetakan bagi Angkatan Tentera kecuali KEMENTAH.



Category: 0 comments

SeJaRah 7 KomPeNi KoR OrDnaNs DiRajA



Pada tahun 1967, Tentera Malaysia di Singapura telah dipindahkan ke Semenanjung Malaysia. Pasukan Ordnans pada ketika itu 4 Ordnance Maintenance Park (OMP) yang bertempat di Bukit Timah, Singapura dipindahkan ke Kem Majidee. Pada 1 Mei 1969, 4 OMP telah dipindahkan ke Kem Tebrau dan designasi pasukan telah ditukar kepada 1 Kumpulan Simpanan Senggara (KSS) pada ketika itu diduduki oleh 221 Base Vehicle Depot, Suppy Depot TLDM, Komp KPT, Wksp JLJ dan KD Sri Madini.


Pada 2 Jun 81, pasukan dinaik taraf ke Divisyen dengan diberi nama 73 Depot Kelenggaraan Wilayah (DKW) bagi memberi bantuan Ordnans kepada pasukan-pasukan di bawah naungan 3 Div. Pada 5 Apr 1986, designasinya ditukar kepada 73 Depot Ordnans Wilayah (DOW) sempena penukaran perkataan Kor Kelengkapan kepada Kor Ordnans. Pada 1 Apr 1987, ia ditukarkan kepada 73 Kumpulan Ordnans Divisyen (KOD).

Pada Dis 89, pasukan 73 KOD (di Kem Tebrau) dan 1 KOB (di Kem Terendak) telah dipindahkan perjawatan dan designasi antara satu sama lain. Pada 1 Jan 1990, designasi 1 KOB ditukar kepada 7 KOB dan kini dikenali sebagai 7 Kompeni Kor Ordnans Diraja (KOD)


Category: 0 comments

SekApUr SiReH PeMbuKa BiCaRa



Dengan lafaz kalimah suci Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran kehadrat Allah Subhanahu Wataala kerana dengan keizinanNya jualah satu blog untuk 7 Kompeni Kor Ordnans Diraja7 Kompeni Kor Ordnans Diraja di masa akan datang. Ianya juga adalah sejajar dengan hasrat dan usaha Tentera Darat untuk mendokumentasikan pelbagai sejarah organisasi bagi memupuk sifat pemilikan (sense of belonging) di kalangan warganya.


Saya percaya, catatan dan lakaran seumpamanya sebagai satu legasi untuk diwarisi dan dimanfaatkan pewaris 7 Kompeni Kor Ordnans Diraja di kemudian hari. Warisan ekslusif peninggalan zaman silam ini juga mempunyai motifnya yang tersendiri dalam usaha meningkatkan perpaduan dan semangat setiakawan di kalangan 7 Kompeni Kor Ordnans Diraja. Saya berharap dengan adanya blog ini akan dapat menghubungkan kita dengan generasi akan datang.Sekian,terima kasih.


Category: 0 comments

PenGerTiaN LoGo KoD


Logo asal direka oleh Mrs Sonya Skinner; isteri kpd John Skinner

BULAN DAN BINTANG
Melambangkan negara Islam

MAHKOTA
Melambangkan negara Islam dan Kor Diraja

SAYAP
Melambangkan TUDM

SAUH
Melambangkan TLDM

2 KERIS BERSILANG
Melambangkan Tentera Darat

PERISAI
Melambangkan Pertahanan

BUNGA PADI
Melambangkan Kemakmuran Negara

Cogankata “BERKHIDMAT DAN MEMBANTU”
Berkhidmat untuk negara dan member bantuan kelengkapan kepada pasukan di dalam ATM.

3 MERIAM SERTA 3 BUTIR PELURU
Ia terletak di tengah-tengah lencana yang melambangkan ‘Coat of Arms’ dari Jabatan Stor tentera British, dimana dari mulanya dipetik drpd perlantikan ‘Master of The King Ward Robe and Armoury’ tahun 1323 yang disimpan di dalam stor tentera yang pertama di Tower of London. Ia dicatatkan awal sejarah pada tahun 1703 dan mulai tahun 1745 telah dimasukkan di dalam Cop Tanda untuk kegunaan Jawatankuasa Kelengkapan British dan salah satu Cop Tanda ini masih lagi digunakan oleh Bahagian Kelengkapan di Pejabat Perang di London dan contoh-contoh lain boleh didapati di Muzium RAOS Deepcut, Scurney, England.

Category: 0 comments

LaGu KoR OrDnAnS DiRaJa


Kami Pahlawan Bangsa
Berkhidmat dan Membantu
Melengkap Tentera Kita
Yang Sentiasa Bermutu

Walau Apa Akan Terjadi
Sedia Mengabdikan Diri
Memperjuang Kedaulatan Negara
Bersama Pahlawan Murni
Tidak Menghiraukan Azab Sengsara
Berkhidmat dan Membantu

Kami Melengkap Semua
Tidak Kira Dimana
Darat Laut dan Udara
Sentiasa Kami Berada

Walau Apa Akan Terjadi
Sedia Mengabdikan Diri
Memperjuang Kedaulatan Negara
Bersama Pahlawan Murni
Tidak Menghiraukan Azab Sengsara
Berkhidmat dan Membantu

Category: 0 comments